Jadikan awal Ramadan untuk bermunajat, tingkatkan amal – PM
PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam seluruh negara untuk menjadikan awal Ramadan sebagai kesempatan untuk bermunajat dan meningkatkan amal.
Anwar berkata, di Berlin, umat Islam mula menjalankan ibadah puasa dan perwakilan yang bersahur pukul 4 pagi dan solat subuh pukul 4.35 pagi, dianjurkan memenuhi waktu dengan membuka al-Quran beserta tafsirnya sekali.
“Berusaha sesungguhnya menggapai nikmat madrasah Ramadan serta tercapai derajat taqwa,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Dalam pada itu, Anwar turut berkongsi beberapa mesej yang diterima dari rakan Indonesia berhubung penderaan anak santri di pesantren (pondok) Jawa Timur.
Katanya, perkara itu mengingatkan beliau kisah penderaan pelajar termasuk pengalamannya ketika menjadi Menteri Pendidikan yang berlaku di sebuah sekolah di Cheras, Kuala Lumpur.
“Malah, paling tragis dan menggemparkan adalah kematian mahasiswa di Universiti Pertahanan.
“Pendidikan tidak wajar mengesampingkan disiplin, akhlak dan adab. Pelajaran, waima pendidikan agama sekalipun, bukan sekadar menimba ilmu dan keratan ayat-ayat tanpa pencerahan, kesedaran dan amalan,” ujarnya
Lantaran itu, Anwar berkata, semua tenaga pengajar dan ibu bapa perlu menekan kaedah itu dan tidak bersubahat melindungi gejala tersebut.
“Untuk sekolah, institut, kolej dan universiti, berilah penekanan menjaga disiplin dan adab serta bertegas menghindari kecurangan dari berakar sejak di pusat pengajian lagi,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source