“Elakkan Mengada-Ngada Atau Menggoda, Fikir Perasaan Isteri Mereka” – Puteri Balqis
Pelakon remaja, Puteri Balqis menerusi Instagram memberi pendapatnya tentang isu selebriti bercinta dengan rakan artis berstatus suami orang.
Menerusi hantaran tersebut, dia yang mesra dipanggil Aqish itu turut menitipkan pesanan ringkas namun bermakna yang mungkin boleh diguna pakai oleh rakan-rakan dalam industri hiburan terutamanya selebriti wanita.
Advertisement
Elakkan mengada-ngada
Ujar Aqish, menjadi lumrah dalam industri seni bagi artis wanita tidak kira usia akan berdepan dengan ramai pelakon lelaki dan juga kru produksi berstatus suami orang.
Aqish juga turut memberikan nasihat kepada selebriti wanita yang berdepan dengan situasi jika mereka cuba didekati artis lelaki mahu pun kru produksi.
Elakkan mengada-ngada atau cuba menggoda mereka. Kalau mereka cuba hampir dengan kita dan bukan kerana urusan kerja, lari.
Ingat perasaan isteri mereka
Paling ditekankan dan diingatkan oleh Aqish kepada selebriti wanita adalah untuk mereka memikirkan perasaan isteri kepada artis lelaki atau kru produksi.
Aqish turut berkata jika perkara tersebut berlaku kepadanya dia akan bersikap tegas dan terus memberi peringatan kepada selebriti atau kru lelaki yang menggatal dengannya.
Kalau yang lelaki tak boleh setia, kita sebagai wanita, kasihanilah isteri-isteri mereka yang mengharapkan kesetiaan.
Kita yang kena kuatkan diri. Kalau aku, suami orang menggatal, aku maki terus. Hati dan perasaan isteri mereka lebih penting.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source