Respon Pasal Kritikan Suara Tak Sedap, Ahli The Gadys Dilabel ‘Bitchy’ & ‘Kekwat’ – “Belum Apa Apa Dah Sombong”
Kumpulan The Gadys baru-baru ini teruk dikritik gara-gara nyanyian mereka yang dianggap tidak layak untuk dipersembahkan di atas pentas mahu pun kaca TV.
Advertisement
Terima teguran
The Gadys yang menyedari menjadi sasaran kecaman ramai berkata mereka menerima kritikan diberikan dan akui sedang dalam proses memperbaiki nyanyian masing-masing.
Kami bukan hanya menyanyi semata-mata, kami penghibur dan juga performer, kami bukan hanya menumpukan nyanyian, tapi kami menumpukan ke arah lakonan, menari, pengacaraan, tapi kami tahu bila menyanyi, kami masih perlu belajar banyak lagi.
Kekwat?
Sementara itu, respon dua daripada tiga ahli The Gadys yang ditemu bual Gempak baru-baru ini tidak disenangi ramai netizen.
Menerusi Twitter, rata-ratanya berpendapat dua wanita itu sombong dan kekwat apabila menjawab soalan serta kritikan yang dilemparkan terhadap mereka.
Dah nyanyi tak sedap , lepas tu kekwat menjawab and siap kait mental health issues bagai 🤣
Ko suara bercakap kt mic pun kita tahu tak sedap . Haha pic.twitter.com/yS6eCD6w4w
— Kak Jah Sungai Dua (@XXXbyefelicia) March 4, 2024
Ada yang berkata mereka seperti ‘play victim’ pula malah sesetengah individu menyindir agar The Gadys bukan sahaja perlu perbaiki nyanyian tetapi juga harus masuk kelas bahasa Inggeris.
Kalau grammar ‘out’ tu tak payah la dik nak konon sembang English.
Belum apa apa dah sombong
Dalam pada itu, warganet di Instagram juga dilihat turut menghentam mereka berdua dan mempunyai pendapat yang sama tentang dua wanita tersebut.
Gaya cakap pun sombong. Dah memang hauk menyanyi. Sedih hidup tak boleh terima kenyataan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source