Pemandu lori bunuh kekasih disambung reman dua hari
SHAH ALAM – Seorang pemandu lori yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan kekasihnya dengan menolak dari tingkat 23 sebuah kondominium di Setia Alam sebelum ini disambung reman selama dua hari.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, perintah sambungan reman bermula esok dikeluarkan Majistret Farah Rosnan selepas permohonan dibuat polis.
Katanya, tempoh reman terhadap suspek berusia 37 tahun itu sebelum ini akan tamat hari ini.
“Polis dapat sambung reman dua hari bermula hari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya hari ini.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan pihaknya telah melakukan tangkapan semula terhadap seorang tukang gunting rambut berusia 33 tahun untuk siasatan kes dadah.
Ini selepas tempoh reman terhadap suspek juga berakhir hari ini.
“Suspek ditangkap semula bagi kes narkotik sebelum kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.
Difahamkan, suspek yang sebelum ini disiasat kes membunuh ibu kandungnya di Kampung Jawa, Klang dekat sini ‘terlepas’ untuk pertuduhan berkaitannya selepas TPR memberikan arahan tiada pertuduhan dikenakan kepada suspek.
Ini memandangkan punca kematian mangsa berusia 56 tahun adalah akibat serangan jantung. -KOSMO!ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source