“Dia Ada Ciri Idaman..” – Dulunya Dikatakan Bersama Daiyan Trisha, Kini Hun Haqeem Ada Hubungan Mesra Dengan Erysha Emyra?
Aktres muda, Erysha Emyra mengakui tidak mempunyai hubungan yang melebihi dari seorang kawan dengan pelakon Hun Haqeem meskipun terlihat akrab sejak dua menjak ini. Katanya, mereka hanyalah berteman rapat sahaja dan tidak lebih.
Bukan bercinta
Menurut Erysha, mulanya spekulasi mereka memiliki hubungan istimewa adalah mungkin berasal dari gandingan mereka berdua dalam drama bersiri Chinta Wrong Direction yang disiarkan tahun lalu.
Advertisement
Tambah pelakon ini, dia menyifatkan Hun itu sebagai seorang lelaki yang baik dan lemah lembut. Namun begitu, hubungan mereka tidaklah melebihi seorang rakan yang bekerja dalam industri yang sama.
Bercinta? Pastinya tidak sama sekali.
Hubungan saya dengan Hun hanya kawan di set penggambaran dan mungkin rapat sebab sudah bekerjasama lama.
Hun seorang lelaki yang baik, bertutur pun lemah lembut. Hendak kata dia ada ciri-ciri idaman, saya rasa dia ada dan ramai lelaki lain pun ada.
Belum bersedia mencari pasangan
Pada masa yang sama, Erysha turut mendedahkan dirinya masih lagi belum terbuka untuk memulakan hubungan bersama mana-mana lelaki dan ingin mendahulukan karier serta keluarganya terlebih dahulu.
Hendak ada hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki mungkin belum lagi buat masa sekarang.
Saya masih sangat baru dalam industri jadi, fokus sekarang hanyalah untuk kerjaya dan keluarga.
Terdahulu, Erysha telah dikatakan sedang hangat bercinta dengan Hun Haqeem sejak mereka berdua sering terlihat bersama.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source