“Anak Kami Betul-Betul Sakit, Bukan Rekaan”
Isteri kepada pelakon Aman Graseka iaitu Reena Arina menafikan dakwaan dia mereka cerita anak mereka sakit dan sedang ditidurkan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah untuk menagih simpati.
Memetik BH Online, Reena mendakwa anak keduanya berusia 3 tahun sudah empat hari ditidurkan selepas diserang sawan pada Jumaat lalu. Katanya, disebabkan kisah mereka pernah tular sebelum ini berpunca daripada ‘scammer’ ramai sudah tidak percaya pada mereka.
BACA: Sharifah Shahirah Dedah Aman Graseka Minta Bantuan Lagi, Kali Ini Anak Sedang Ditidurkan
“Anak kami sakit, bukannya rekaan. Kami terkejut apabila ada laporan mendakwa kami menghantar pesanan kepada Sharifah Shahirah (Shiera) meminta bantuan.
“Shiera memaklumkan melalui radio (Suria FM) meminta orang ramai mendoakan anak kepada Aman kembali sihat, tetapi, bukan minta bantuan.
“Disebabkan pernah tular kisah kami yang berpunca daripada ‘scammer’, ramai orang sudah tidak percayakan kami apabila perkara betul seperti ini berlaku,” katanya.
Dakwa Reena lagi, anaknya tidak mengalami demam keadaannya mungkin berpunca daripada strok haba berikutan cuaca di Kedah.
Kongsinya, doktor memaklumkan anaknya terpaksa ditidurkan kerana bimbang jangkitan kuman merebak ke kepala serta mengeaskan tidak pernah meminta bantuan daripada penyampai radio, Sharifah Shahirah.
“Jadi, kami putuskan untuk tidurkan anak dan bawa ke HSB. Ketika ini, anak masih ditidurkan agar dia dapat berehat. Namun, saya tegaskan, kami tiada minta bantuan Shiera.
“Tetapi, kami ada minta bantuan kerajaan negeri membiayai kos penginapan kerana kami perlu berada di Alor Setar. Kami tidak dibenarkan menunggu anak di unit rawatan rapi (ICU) di hospital terbabit,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source