Adira Nekad Cerai, Datuk Red Anggap Balasan Dosa Lalu
Suami kepada Adira Suhaimi iaitu Datuk Red berkata dia akan tetap mempertahankan rumah tangga yang dibina dengan penyanyi itu.
Memetik mStar Online, Datuk Red atau nama sebenarnya Adnan Abu berkata dia tidak peduli dengan kecaman netizen kerana apa dilakukan demi empat anak mereka.
BACA: Datuk Red Nak Pertahan Rumah Tangga, Masih Sayang Adira
“Saya kahwin 8 tahun lalu bukan untuk cerai, anak pun dah 4, orang lain boleh cakap apa nak cakap sebab mereka tak lalui.
“Pengorbanan saya ini bukan untuk diri sendiri tapi anak-anak. Bila mereka tonton video ini, saya berkorban semua ini untuk mereka,” katanya.
Difahamkan hari ini kedua-duanya hadir ke Mahkamah Rendah Syariah, Gombak, Rawang bagi mendengar laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Dalam pada itu, Adnan berkata dia sudah mencuba pelbagai cara untuk memujuk Adira serta menganggap keretakan rumah tangganya itu bukan dugaan tetapi balasan diatas apa dilakukannya terdahulu.
“Pujuk memujuk itu biasa, memang ada tapi perempuan kalau marah..saya sudah cuba. Mungkin ini bukan dugaan tapi balasan terhadap apa saya lakukan dahulu,” katanya.
Sementara itu, Adnan berkata dia reda serta belapang dada dengan apa saja keputusan namun dia akan terus berjuang demi keluarga.
“Sebab itu sekarang saya tak ada sosial media dan hanya fokus kepada keluarga. Dah ditakdirkan begitu, saya terima saja. Tapi selagi saya bernafas, saya akan berjuang untuk keluarga,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source