Pendingin hawa laris tanpa kira jenama, harga
PETALING JAYA: Stok pendingin hawa semakin berkurangan ketika ini apabila ramai pelanggan tidak tahan dengan cuaca panas di kebanyakan kawasan yang kini melebihi 35 darjah Celcius.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, pekerja Pusat Servis Penghawa Dingin AK Enterprise di Kuala Lumpur, Muhammad Ali berkata, jualan pendingin hawa di kedainya meningkat selain ramai pelanggan membuat tempahan untuk servis.
“Jika tahun lepas seminggu hanya satu pendingin hawa terjual tetapi kini setiap hari ada jualan antara tiga hingga lima unit.
“Disebabkan tidak tahan cuaca panas, pelanggan sudah tidak peduli jenama pendingin hawa malah dari segi harga juga pelanggan tidak berkira,” katanya semalam.
Menurut Muhammad, bukan kedai miliknya sahaja yang alami pertambahan unit jualan pendingin hawa tetapi kedai-kedai lain juga mengalami situasi sama.
“Kami juga tidak terkejut apabila mendapat permintaan yang tinggi secara tiba-tiba kerana perkara ini sering berlaku apabila negara mengalami cuaca panas,” katanya.
Sementara itu, pekerja syarikat perkhidmatan elektrik di Johor Bahru, Kedai Elektrik ENW, Law Sam Heng berkata, hampir setiap hari jadual pekerja kedainya penuh dengan pemasangan atau servis pendingin hawa di rumah atau kedai-kedai.
“Kebanyakan pelanggan yang sudah mempunyai pendingin hawa di rumah, mereka kerap panggil kami untuk servis pendingin hawa sekurang-kurangnya dua bulan sekali.
“Penggunaan pendingin hawa yang berkala ketika musim panas ini menyebabkan kebanyakannya suhu pendingin hawa menjadi kurang sejuk,” ujarnya.
Terdahulu, akhbar ini melaporkan, cuaca panas yang sedang melanda negara dijangka berterusan sehingga penghujung Mac 2024. Kedah dan Perlis adalah dua negeri yang paling panas.
Setakat semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya serta melibatkan daerah Petaling kini berada dalam tahap berjaga-jaga kerana suhu harian kini antara 27 hingga 35 darjah Celcius.
Sementara itu, daerah Pokok Sena, Kedah kini masih berada di tahap gelombang haba tahap dua iaitu menerima suhu 37 hingga 40 darjah Celcius. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source