“Serabut Eh Ada Suami, Baik Single Dan Have Fun” – Kenyataan ‘Tidak Berlaki Hidup Tenang’ Jadi Tumpuan, Shuhada Mohon Maaf
Pensohor media sosial dan juga bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada tampil memohon maaf setelah satu kenyataannya tentang hidup bersuami disalah erti oleh sesetengah netizen.
Shuhada sebelum itu ada menulis bahawa hidupnya lebih tenang tanpa kehadiran sosok suami.
Ibu tunggal kepada dua orang anak itu membuat kenyataan tersebut sebagai balasan kepada komen pengikut media sosialnya tentang kehidupan solo selepas bercerai yang lebih baik berbanding hidup dalam perkahwinan yang menyedihkan.
“Tak kahwin pun tak apa Shu. Single life is much better. Entertain your life for your happiness and for your kids.” tulis individu itu.
Shuhada kemudian membalas komen pengikutnya itu dengan mengatakan bahawa kehidupannya kini lebih tenang dan tidak serabut tanpa kehadiran seorang lelaki bergelar suami.
Namun begitu, pendapat Shuhada dikritik netizen yang merasakan ia tidak patut untuk dinyatakan.
Berikutan itu, Shuhada tampil memohon maaf kepada sesiapa yang tersinggung dengan kenyataannya itu.
Allah Allah sorry. Shu tersilap kata, maksud saya, Shu kena heal myself first. Terima segala takdir Allah, jodoh rezeki ajal maut semua Allah dah tulis yang terbaik.
Sekadar info, Shuhada dan Hafidz Roshdi menamatkan perkahwinan mereka pada 27 Julai tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata. Hafidz kemudian bernikah dengan wanita yang dikaitkan dengan konflik rumah tangga mereka berdua iaitu Athira Yuhada.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source