“Mungkin Saya Nampak Gembira, Tapi Hakikatnya…” – Mawar Rashid Akui Masih Terkesan Dengan Perceraian, Mahu Fokus Pada Anak & Kerjaya
Namanya menjadi perhatian dan disebut-sebut oleh ramai peminat industri hiburan selepas dia membuat keputusan untuk tidak lagi bertudung.
Lebih membuatkan dirinya menjadi bualan ramai apabila tidak lama selepas isu buka tudung itu, Mawar Rashid mengumumkan perceraiannya dengan Raf Yaakob setelah 6 tahun melayari bahtera rumah tangga.
Nampak bahagia tapi sebenarnya…
Ujar tuan empunya badan, meskipun sudah menginjak tahun yang baru dia mengakui masih lagi terkesan dengan perpisahan tersebut.
Mawar bagaimanapun berkata dia percaya bahawa perasaan sedih yang dirasainya ini akan terubat jua akhirnya.
Mungkin saya nampak gembira tapi hakikatnya saya masih bergelut dengan perasaan. Tapi saya percaya masa akan menyembuhkan. Saya kena fokus kepada kesihatan mental dan kerjaya.
Tambah Mawar, meskipun dirinya masih belum betul-betul stabil dengan perasaan kesedihan itu, dia perlu menjaga dirinya dan tiga cahaya matanya yang menjadi keutamaannya.
Perceraian bukan satu tragedi
Sementara itu, aktres berusia 28 tahun tersebut akui bercerai bukanlah penamat kehidupan atau satu tragedi sebaliknya ia lebih baik sekiranya rumah tangga dibina tidak bahagia.
Perceraian juga bukan satu tragedi, sebaliknya tragedi adalah jika anda hidup dalam rumah tangga yang tidak bahagia.
Sekarang tiba masa untuk babak baharu dalam hidup saya. Orang takut nak umum perceraian, sebab masyarakat akan pandang negatif. Keputusan ini memerlukan kekuatan untuk bawa diri keluar dari sesuatu yang tidak layak untuk anda.
Memilih untuk tidak berkongsi
Dalam pada itu, aktres tersebut memilih untuk tidak berkongsi tentang punca berlakunya perceraian di antaranya dan bekas suami.
Katanya, cukuplah sekadar mereka sahaja yang tahu dan memohon agar keputusannya untuk tidak mendedahkan perkara itu dihormati semua pihak.
Saya minta maaf, tak akan beri kenyataan berhubung perceraian kami. Saya ada anak-anak, justeru saya tak mahu mereka membesar dengan membaca cerita-cerita yang tidak sepatutnya. Ini adalah kehidupan peribadi saya.
Tambah Mawar, keluarga dan sahabat yang sentiasa ada di sisi menjadi pendengar serta memberikannya semangat adalah sumber kekuatannya melalui fasa ini.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source