Lelaki Indonesia bela murai batu didenda RM50,000
JOHOR BAHRU – Tindakan seorang lelaki Indonesia memiliki lima ekor murai batu iaitu spesies yang dilindungi membawa padah apabila dia didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Sadiyo, 27, selepas mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan.
Mahkamah turut memerintahkan pemuda itu dipenjara satu tahun sekiranya gagal membayar denda berkenaan, namun bagaimanapun gagal membayar jumlah denda yang dikenakan terhadapnya.
Mengikut fakta kes, lima pegawai penguatkuasa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bersama tujuh pegawai polis cawangan risik Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) telah menjalankan pemeriksaan di premis kediaman pekerja di Jalan Tanah Merah, Taman Desa Cemerlang, Ulu Tiram, Khamis lalu.
Hasil pemeriksaan yang dilakukan kira-kira pukul 9.15 malam itu telah menjumpai lima (5) ekor burung murai batu (Copsychus malabaricus).
Selepas disoal siasat dijalankan, lelaki itu gagal mengemukakan sebarang dokumen sah daripada Jabatan Perhilitan manakala kesemua barang kes telah dibawa ke Balai Polis Seri Alam untuk tindakan selanjutnya.
Hasil pengecaman yang dibuat oleh pakar Jabatan Perhilitan mendapati semua barang kes itu merupakan hidupan liar yang dilindungi di bawah Jadual Kelapan, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] di dalam Perintah Pemuliharaan Hidupan Liar Pindaan Jadual 2012. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source