Bangladesh catat 2 kematian virus Nipah
DHAKA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran selepas dua kes jangkitan virus Nipah yang mengakibatkan kematian dilaporkan di Bangladesh, lapor laman berita Daily Caller semalam.
Kedua-dua pesakit meninggal dunia akibat jangkitan (Nipah), demikian menurut WHO dalam penilaian risikonya yang kini diberikan rating ‘sederhana’.
Kes pertama melibatkan seorang lelaki yang dibawa ke sebuah hospital di daerah Manikganj, Dhaka. Pesakit mengalami simptom seperti sukar bernafas, lesu, demam dan insomnia.
Dia kemudian dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), ditidurkan dan dipindahkan ke hospital lain untuk lawatan lanjut sebelum meninggal dunia pada 28 Januari lalu.
Pesakit kedua pula merupakan kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, juga dari Dhaka. Dia mengalami sawan, sering pitam dan demam panas sebelum meninggal dunia pada 31 Januari lepas.
Pesakit pertama mempunyai sejarah kontak rapat dengan sekurang-kurangnya 91 orang sejak 30 Januari lalu, di mana 11 daripada mereka ialah ahli keluarganya.
Pesakit kedua pula dipercayai mempunyai 67 kontak setakat 7 Februari 2023. Kesemua kontak rapat yang diuji didapati negatif virus tersebut setakat ini.
Nipah ialah penyakit zoonosis bawaan kelawar yang merebak dengan cepat antara haiwan kepada manusia. Ia berjangkit melalui air liur, air kencing dan najis, serta boleh dipindahkan antara manusia, demikian menurut WHO. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source