“Tindakan Sedemikian Hendaklah Dihentikan..” – Dr Zulkifli Minta Ibu Bapa Jangan Terikut Sambut Hari Lahir Anak Di Kubur
Baru-baru ini, Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil memberi teguran dan nasihat kepada para ibu bapa yang sering menyambut kelahiran anaknya yang sudah meninggal di tanah perkuburan.
Berhenti sambut di kubur
Menurut Dr Zulkfili, dia meminta agar ibu bapa segera berhenti membuat sambutan hari lahir di kubur dengan membawa kek serta menyanyikan lagu selamat hari jadi kepada arwah.
Sebaliknya, lebih baik agar ibu bapa mengantikannya dengan mengirim doa dan sedekah kepada arwah dengan menjamu anak-anak yatim seperti mana yang diajar dalam Islam.
Tindakan sedemikian hendaklah dihentikan dan digantikan dengan doa dan begitu juga digantikan dengan sedekah kepada si mati. Inilah yang dianjurkan dalam Islam.
Tujuan ziarah kubur
Bukan itu sahaja, Dr Zulkfili turut mengingatkan orang ramai tentang tujuan seseorang menziarahi kubur. Ia adalah untuk mengingatkan umat Islam tentang kematian dan akhirat, bukannya atas tujuan peribadi atau kehidupan semata-mata.
Dengan sebab itu, mengimbau kepada sunnah dan sirah Nabi SAW, Rasulullah SAW sentiasa ziarah kubur untuk memberi syafaat kepada ahli kubur dengan doa atau mengambil faedah untuk mengingati kematian dan muhasabah diri.
Tambahnya, umat Islam tidak disarankan melakukan aktiviti yang ‘bergembira’ atau secara berlebihan kerana perlu menghormati dan mengingati kematian.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source