Shakilla Khoriri Kurang Selesa Majlis Nikah ‘Diceroboh’ Orang Luar
Segala khabar angin terjawab apabila pelakon Shakilla Khoririr sah bergelar isteri kepada Mohd Fariz semalam dalam satu majlis tertutup.
Sementara itu, menerusi perkongsian di Insta Story, Shakilla memohon maaf kepada pihak media jika dia tidak menjawab mahupun memberi respon mengenai pernikahannya semalam.
BACA: Shakilla Khoriri Selamat Bergelar Isteri
Menurut Shakilla lagi, dia kurang selesa apabila ada individu tidak bertanggungjawab menyebarkan mengenai khabar angin pernikannya kepada media tanpa meminta izinnya terlebih dahulu.
“Saya mohon maaf kepada kalian jika tidak menjawab panggilan atau memberi apa-apa respon berkenaan pernikahan saya.
“Saya sendiri rasa kurang selesa apabila majlis ini ‘diceroboh’ orang-orang luar tanpa meminta izin untuk berkongsi dahulu mengenai pernikahan saya dan suami kepada media dan wartawan sebelum majlis ini berlangsung,” katanya.
Sementara itu, Shakilla berkata dia memerlukan masa untuk untuk berkongsikan mengenai perkahwinannya kepada umum kerana ada hati kecil perlu dijaga.
“Saya akan kongsi, jawab dan bagi kerjasama tetapi beri kami ruang serta masa. Ada hati kecil yang perlu saya jaga dan utamakan apabila melibatkan ahli baru dalam keluarga kami.
“Meskipun dia orang yang paling teruja dan gembira tetapi saya ada tanggungjawab untuk menerangkan banyak perkara tentang hal ini padanya. Dia tetap keutamaan saya dalam ada pun keadaan dan perkara. Amanah Allah pada saya,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source