Meerqeen, Sophia Albarakbah ungguli Anugerah Telenovela ke-9
KUALA LUMPUR: Anugerah Telenovela ke-9 menyaksikan penguasaan pelakon, Meerqeen yang unggul menggondol dua anugerah sempena penganjuran itu yang berlangsung semalam.
Meerqeen yang dinobatkan Pelakon Lelaki Popular mengenepikan pencabar terdekatnya iaitu Alif Satar dan Ben Amir.
Pelakon berusia 22 tahun itu turut mencipta kejutan apabila dianugerahkan sebagai Bintang Telenovela pada penganjuran kali ini.
“Saya gembira dengan kemenangan ini. Hasil penat lelah saya selama ini terbayar.
“Saya tidak menjangkakan untuk menang. Jadi saya berterima kasih kepada peminat dan keluarga yang mengundi.
“Kemenangan ini membakar semangat saya untuk terus memberikan hasil kerja terbaik. Trofi yang diraih saya tujukan kepada peminat yang menyokong saya selama ini,” katanya.
Pelakon, Sophia Albarakbah dalam pada itu mendominasi dengan dua anugerah iaitu Pelakon Wanita Popular dan Ratu Telenovela.
“Saya tidaklah meletakkan harapan, tetapi tentunya saya gembira apabila diumumkan sebagai pemenang.
“Walaupun penat bekerja, sekurang-kurangnya saya gembira dengan kemenangan ini,” kongsinya.
Penganjuran anugerah Telenovela semalam turut menyaksikan Hazama dan Intan Najuwa masing-masing membawa pulang anugerah Pelakon Lelaki dan Pelakon Wanita Terbaik.
Anugerah Pasangan Serasi Popular pula diberikan kepada pasangan suami isteri, Kamal Adli dan Uqasha Senrose.
Selain itu, pengarah Wan Afzam Wan Daud pula dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik sementara Amin Masyhur pula membawa pulang trofi Penulis Skrip Terbaik.
Dalam masa yang sama, naskhah Melur Untuk Firdaus telah diangkat sebagai Telenovela Popular selain Pekan Kecil Kampung Kecil diiktiraf sebagai Telenovela Terbaik.
Primadona tersohor negara, Erra Fazira tidak pulang dengan tangan kosong apabila dinobatkan sebagai Primadona Telenovela selain penyanyi dan pelakon, Roslan Madun yang menerima Anugerah Budayawan Sepanjang Hayat.
Anugerah Telenovela ke-9 malam tadi diadakan secara gilang gemilang bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Selain penganugerahan, majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan pelancaran Kuala Lumpur International Film Academy Awards yang akan dilaksanakan pada Ogos tahun ini.
Senarai pemenang Anugerah Telenovela Ke-9:
Sophia Albarakbah (Pelakon Wanita Popular)
Meerqeen (Pelakon Lelaki Popular)
Kamal Adli & Uqasha Senrose (Pasangan Serasi Popular)
Melur Untuk Firdaus (Telenovela Popular)
Jesnita (Novel Popular)
Epilog 3 Naga (Novel Terbaik)
Kaz Ishak (Novelis Terbaik)
Penerbitan Karyaseni Sdn. Bhd. (Penerbit Novel Terbaik)
Pekan Kecil Kampung Terpencil (Telenovela Terbaik)
Hazama Azmi (Pelakon Lelaki Terbaik)
Intan Najuwa (Pelakon Wanita Terbaik)
Wan Afzam Wan Daud (Pengarah Terbaik)
Amin Masyhur (Penulis Skrip Terbaik)
Dek Wan & Mohd. Faiz (Sinematografi Terbaik)
Izhar Masuri (Penyunting Terbaik)
Mohamad Radzuan Romli (Pengarah Seni Terbaik)
Nabila Razali & Khai Bahar (Penyanyi Lagu Tema Terbaik Selagi Ku Ada)
Amylea Azizan (Komposer Lagu Tema Terbaik Selagi Ku Ada)
Rangkaian Televisyen Media Prima (Stesen Penyiar Telenovela Terbanyak)
Meerqeen (Bintang Telenovela)
Sophia Al Barakbah (Ratu Telenovela)
Erra Fazira (Primadona Telenovela)
Datuk Dr. Yusof Haslam (Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat)
Alif Satar (Artis Versatile Telenovela)
Anna Jobling (Artis Sensasi Telenovela)
Nelissa Nezam (Artis Bintang Harapan Telenovela)
Gambit Saifullah (Artis Prolifik Telenovela)
Hisyam Hamid (Artis Bintang Pujaan / Pesona Telenovela)
Dinamika Orang Bugis Ke Johor Pada Abad Ke-18, Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM), Universitas Negeri Makassar (UNM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (Penerbit Terbaik)
Perjuangan Politik Komuniti India dan Kepimpinan Malaysian Indian Congress, Datuk M. Periasamy (Kategori Sejarah: Buku Umum Terbaik)
Roslan Madun (Anugerah Budayawan Sepanjang Hayat)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source