“Bila Bang*ng Berbicara, Dunia Makin Tenat” – Puteri Sarah Liyana Balas Kecaman Individu, Dianggap ‘Menggedik’ Dengan Andi
Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana menyelar kecaman beberapa individu yang menuduhnya ‘gedik’ apabila berlakon bersama-sama aktor Indonesia, Andi Arsyil untuk sebuah iklan produk kecantikan.
Dalam video tersebut, Puteri Sarah berlakon terserempak dengan Andi di sebuah kedai serbaneka sebelum kedua-duanya bergerak ke kafe untuk minum petang.
Namun begitu, ada yang menganggap perlakuan Puteri Sarah dalam video itu seperti gedik dan hukumnya haram.
Malah, ada yang mengaitkan kisah Syamsul Yusof yang dikecam kerana bernikah kali kedua.
Ramai perempuan komen, sweetnya, apa lah. Tu la, bila duduk gedik gedik gini. Hakikatnya haram.
Dulu Syamsul kahwin nombor dua secara halal, kau kutuk, maki dia. Yang halal jadi haram, yang haram jadi halal. Tenat dah dunia.
Maklum dengan kecaman itu, Puteri Sarah membalas dengan komen yang ringkas namun ‘pedas’.
Bila bangang berbicara. Dunia makin tenat..
Sekadar info, Puteri Sarah dan pengarah Syamsul Yusof menamatkan zaman perkahwinan mereka pada 14 Jun tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka berdua dikurniakan dua orang cahaya mata.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source