Red Bull ambil langkah berani – Perez
LONDON – Pelumba Mexico, Sergio Perez memuji keberanian Red Bull Racing selepas melihat pasukan itu benar-benar agresif membuat keputusan menukar konsep pada jentera baharu RB20 menjelang aksi pembuka tirai Formula Satu (F1) di Grand Prix (GP) Bahrain, 2 Mac ini.
Red Bull menjadi pasukan F1 terakhir yang memperkenalkan jentera 2024 mereka minggu lepas terutama dengan reka bentuk yang memaparkan beberapa idea berani terutamanya di sekitar bahagian ‘sidepod’ dan penutup enjin.
Pastinya, Red Bull tidak mahu ketinggalan dengan persaing terutama Mercedes dan Ferrari, sekali gus dilihat melakukan sedikit perubahan agar mereka terus mendominasi perlumbaan tersebut seperti musim lalu.
Pada musim lalu, Red Bull menampilkan aksi dominan apabila memenangi 21 daripada 22 perlumbaan dengan juara dunia tiga kali, Verstappen mencatat 19 kemenangan.
“Saya benar-benar terkejut, ia menunjukkan pasukan sedang mencari sesuatu untuk bergerak ke hadapan dan melakukan persiapan rapi bagi menghadapi perlumbaan musim 2024.
“Ia juga membuktikan pasukan dahagakan kejayaan. Tahun lalu kami mempunyai jentera yang begitu dominan dan saya fikir Red Bull mengambil langkah berani apabila menukar konsep dengan begitu banyak,” kata Perez.
Dalam pada itu, Perez bertekad mengembalikan kepercayaan Red Bull selepas mengekalkan namanya dalam pasukan walaupun ketinggalan 290 mata di belakang rakan sepasukannya, Verstappen.
“Kami mempunyai beberapa masalah semasa kereta dibangunkan dan tahun ini saya tidak mahu masalah itu mengganggu. Saya akan cuba mencari jalan terbaik untuk terus melakar kemenangan,” kata Perez yang mempunyai kontrak bersama Red Bull sehingga penghujung tahun ini. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source