“Hidup Saya Ibarat Gelas Kosong Selepas Bercerai”
Pelakon Mawar Rashid menyifatkan kehidupannya ibarat ‘gelas kosong’ selepas bercerai dengan bekas suaminya, Raf Yaakob.
Memetik Hib Glam, Mawar berkata perpisahan tersebut merupakan satu perjalanan baru dalam kehidupan dan buat dirinya.
BACA: “Perceraian Bukan Penamat Kehidupan, Bukan Satu Tragedi”
“Ini adalah fasa baharu dalam hidup saya dan ini adalah diri saya yang baharu. Semuanya mula semula dan saya anggap diri saya seperti gelas kosong,” katanya.
Sementara itu, Mawar tetap mengunci mulut mengenai punca perceraian mereka apatah lagi bimbang jika anak-anak membaca perkara yang tidak patut apabila dewasa kelak.
“Saya berpegang kepada prinsip untuk tidak berkongsi isu peribadi pada umum sebab saya ada anak-anak. Nanti mereka besar, akan baca perkara yang tak sepatutnya.
“Saya juga menghormati pihak yang terlibat. Namun, apa yang boleh saya cakap, saya gembira dan bersyukur dengan peluang yang saya terima sekarang,” katanya.
Dalam pada itu, Mawar turut berkongsikan masalah mentalnya semakin pulih dan dia kini lebih gembira meskipun berdepan ujian besar dalam hidupnya.
“Alhamdulillah, keadaan saya semakin baik, tiada lagi serangan panik. Walaupun ada beberapa dugaan besar dalam hidup saya, saya kini lebih gembira,” jelasnya lagi.
Untuk rekod, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada November 2017. Pasangan itu mengumumkan perpisahan mereka menerusi Instagram pada 23 November lalu.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source