“Memang Cerai Saja Jalan Yang Saya Nampak”
Sebelum ini, penyanyi Adira Suhaimi telah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Datuk Red di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang pada 25 Oktober lalu.
Memetik Harian Metro, Adira berkata perpisagan adalah jalan terbaik buat rumah tangga mereka meskipun suaminya masih berusaha mempertahankan perkahwinan mereka yang sudah terbina selama sembilan tahun.
BACA: Datuk Red Nak Pertahan Rumah Tangga, Masih Sayang Adira
“Saya ingin berpisah dengan cara yang baik dan matang. Kami sudah berbincang tetapi buat masa sekarang, memang perpisahan (cerai) saja jalan yang saya nampak. Saya tak boleh nak cerita lebih terperinci mengenainya.
“Kekuatan ini (bercerai) bukan saya baru dapat setahun dua. Tapi sudah lama. Bermacam pengajaran dan pengalaman membuatkan saya lebih matang, kuat dan tenang menghadapi semua ini,” katanya.
Dilihat cerita dan gembira di media sosial, Adira berkata dia tidak mahu menunjukkan kesedihan dihadapan empat cahaya matanya dan mahu sentiasa positif.
“Sebagai ibu, adalah penting untuk saya sentiasa bersikap positif ketika bersama anak-anak. Saya juga mengelak untuk menangis depan mereka.
“Ibu adalah tunjang kepada keluarga, jika saya berasa sedih dan tidak gembira, mereka akan dapat merasakannya melalui layanan diberi. Kadang kala, kalau kita tak okay hingga terjerit kepada anak. Itu yang saya tak mahu ia berlaku,” katanya.
Dalam pada itu, ditanya sama ada masih tinggal sebumbung dengan suaminya, Adira berkata dia dan Datuk Red masih lagi suami isteri serta tidak menghalang suaminya itu untuk bermalam serta meluangkan masa dengan anak-anak.
“Jika ditakdirkan kami berpisah sekali pun, saya tidak pernah halang suami untuk terus berjumpa dengan anak-anaknya. Saya juga berasal dari keluarga yang bercerai-berai dan saya tidak mahu anak-anak tidak mendapat kasih sayang seorang ayah,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source