Lelaki diserang jerung ketika mandi di sungai
NEW DELHI – Seorang lelaki berjaya menyelamatkan diri walaupun sebahagian kakinya dibaham seekor jerung ketika dia berenang di sebatang sungai di India, lapor portal berita metro.co.uk semalam.
Hitesh Govari, 34, cedera pada satu kakinya selepas jerung sepanjang 1.2 meter menyerangnya di Sungai Vaitarna, India pada Selasa lalu.
Dia bertarung dengan jerung itu sebelum pengsan di sungai cetek tersebut.
Mangsa dikejarkan ke hospital dan nyawanya dapat diselamatkan tetapi kakinya itu perlu dipotong.
Ikan jerung itu dipercayai berenang ke bahagian cetek sungai tersebut semasa air pasang.
Saudara kandungnya, Umesh berkata, Govari akan pergi berenang di sungai tersebut pada setiap petang.
“Sungai itu bersambung dengan laut. Air laut bertemu dengan sungai dua kali sehari semasa air pasang,” ujarnya.
Ketika kejadian, dia bergegas ke tempat kejadian dan melihat Govari dalam keadaan berdarah di dalam sungai.
“Selepas dia rebah di sungai, jerung itu cuba menyerangnya semula, namun ada nelayan datang membantunya. Mereka berjaya menangkap jerung itu tetapi ia kemudian mati,” katanya. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source