“Macam Jalan Tar Rosak, Berlubang-Lubang..” – Gadis Menangis Kekasih Bekas Teman Lelaki ‘Face Shaming’ Wajah ‘Breakout’
Penampilan seseorang dari segi wajah ataupun tubuh badan sering memberi impak kepada keyakinan diri. Begitu juga dengan seorang gadis yang viral di TikTok baru-baru ini setelah berkongsi pengalaman wajahnya dikutuk kekasih bekas teman lelakinya.
Sedih wajah dihina
Berdasarkan video yang dimuat naik di laman TikTok itu, gadis ini berkongsi mesej suara yang dipercayai dihantar oleh kekasih bekas teman lelakinya itu. Bukan itu sahaja, gadis ini juga terlihat menangis kerana kata-kata yang dilontarkan individu berkenaan melalui mesej suara itu.
Carilah skin care ke, kalau tak boleh kau pakai je produk merkuri bagi licin sikit muka tu. Tak ada lah macam jalan tar. Aku tengok teruk sangat tu, berlubang pula. Macam jalan tar rosak, berlubang-lubang.
@sailormoons4 #foryourpage #fyp #hurtmyfeelings #foryourpageeee ♬ Untukmu Aku Bertahan – Afgan
Warganet tak setuju
Pada masa yang sama, menjengah ke ruangan komen video berkenaan, rata-rata juga meninggalkan komen yang tidak puas hati dengan tindakan individu yang mengutuk penampilan gadis ini.
Wujud eh orang mulut macam drama-drama yang watak jahat tu
Aku baran tau kalau orang sentuh bab skin ni
Orang tak tahu macam mana kita cuba yakinkan diri kita untuk berdepan dengan orang lain. Mereka hanya tahu mengutuk tanpa duduk di tempat kita.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source