“Berdosa Sangat Pada Suami, Di Belakang Saya Layan Ustaz Ebit Lew”
Pengadu yang juga saksi kesembilan kes Ebit Lew memberitahu Makhamah Tenom bahawa dia ada menghantar mesej kepada pendakwah itu menerusi Instagram.
Memetik Sinar Harian, antara isi kandungan pengadu kepada Ebit bahawa dia tidak mahu lagi menghubungi pendakwah itu lagi kerana rasa berdosa dengan perbuatannya.
BACA: “Ebit Lew Ajak Tukar Pasangan” – Saksi
“Berdosa sangat pada suami sebab di belakang dia saya layan ustaz, sedihnya. Dulu tengok ustaz, mesti panggil suami tengok sama-sama, abang ikutlah macam ustaz Ebit.
“Sekarang sudah kosong, kadang tengok terbayang yang bukan-bukan. Pernah tengok beronani, memang menangis dan tidak senang hati,” katanya.
Menurut pengadu lagi, Ebit tidak meminta maaf kepadanya kerana melakukan perkara sedemikian kepadanya dan tidak menyangka kerana baginya pendakwah itu orang yang baik.
“Yang saya tidak sangka kenapa ustaz, saya pujuk juga hati tengok semua video, tidak apa. Ustaz orang baik tolong orang. Tapi bila dengar ceramah ka apa, memang tidak sangka sangat dah buat macam itu dengan saya.
“Entahlah mungkin pasal saya perempuan dan tidak biasa buat macam itu jadi saya teringat-ingat dan tidak senang hati rasa sangat berdosa.
“Yang sangat sedihnya, dah bawa saya buat macam itu terus buat tidak tahu je. Tidak apa kalau minta maaf dan kita dengan haluan masing-masing
“Saya kalau ikut sudah tidak mahu langsung mesej atau WhatsApp sebab nak elak benda yang tidak baik itu tapi nak juga luah. Nasib saya lah kan. Dapat simpan benda aib ini. Kalau orang mungkin sudah viralkan, tapi tak apa saya masih fikir lagi ustaz ini orang kenal,” katanya.
Pengadu meneruskan bacaannya jika pendakwah itu meminta maaf dengannya mungkin tidak membawa kepada anggapan yang buruk.
“Tahu tak, saya rasa sangat-sangat menyesal. Kenapalah layan, kenapa kita berhubung, berWhatsApp semua. Kalau dulu idola saja, suka tengok buat kerja itu ini. Sekarang kalau boleh tidak mahu tengok, sedih. Kenapa idola itu bawa jadi pendosa,” katanya.
Dalam pada itu, pengadu turut membaca salah satu gambar tangkap layar serta memaklumkan bahawa dia sempat membuat tangkap layar termasuk wajah pendakwah tersebut.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source