“Terlajak Kata, Buruk Padahnya..” – Puteri Sarah Liyana Tayang Surat Saman Fitnah Tuduh Dia Ambil Dadah & Bela ‘Andy’
Lama tak dengar cerita pelakon sensasi tanah air, Puteri Sarah Liyana yang kini sibuk menguruskan perniagaan dan kariernya sebagai pelakon.
Terbaru, pelakon cantik manis itu ada mengemas kini perkembangan saman fitnah yang dikemukakannya sebelum ini terhadap seorang pegawai pemasaran.
Dituduh menipu, ambil dadah dan ‘bela’ lelaki
Sebelum ini, Puteri Sarah didakwa telah menipu dalam urusan perniagaan seperti didakwa individu tersebut sekaligus telah menjatuhkan reputasinya sebagai selebriti dan ahli perniagaan.
Bukan sahaja difitnah menipu, aktres itu juga dituduh mengambil bahan terlarang, bodoh sombong dan ‘membela’ seorang lelaki bernama ‘Andy’ serta dilabel ketua yang tidak bertanggungjawab terhadap para pekerjanya.
Tuntut ganti rugi RM1 juta
Difahamkan, tuduhan tersebut dikeluarkan individu tersebut menerusi hantaran Instagram dan WhatsApp Stories.
Berikutan itu, Puteri Sarah menuntuk ganti rugi sebanyak RM1 juta selain perintah injuksi terhadap individu tersebut.
Sebelum ini, individu berkenaan telah ditemui media dan mendakwa dirinya telah ditipu oleh seorang pelakon wanita yang juga merupakan rakan perniagaannya.
Katanya lagi, dia sudah berusaha untuk berjumpa dengan aktres berkenaan untuk berbincang namun tidak dilayan.
Dia juga mendakwa pelakon berkenaan telah memutar belit cerita dan mengeluarkan kenyataan tidak benar di laman sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source