Maqis gagal tindakan lelaki Myanmar bawa masuk 15 kg tikus salai
SEPANG- Tindakan seorang lelaki Myanmar membawa masuk sebanyak 15 kilogram (kg) tikus salai ke negara ini gagal apabila tindakannya dikesan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Isnin lalu.
Pengarah Maqis Selangor, Mohd. Sobri Md. Hashim berkata, dagangan itu dibawa lelaki Myanmar terbabit menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1).
“Kesemua tikus salai itu dikesan ketika pemeriksaan bagasi menerusi mesin pengimbas terhadap seorang penumpang dari negara Myanmar.
“Kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM300 itu berjaya dikesan dengan bantuan mesin pengimbas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan pemeriksaan pegawai
Maqis.” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.
Katanya, perbuatan mengimport keluaran hasilan haiwan tanpa permit sah menjadi kesalahan mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).
Jelasnya, ia boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 11(3) akta yang sama.
“Individu berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
“Maqis juga sentiasa mengambil langkah serius dalam isu itu bersama agensi penguatkuasaan di sempadan kerana ia membabitkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam sektor pertanian,” jelasnya.
Sehubungan itu, katanya, tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasa bagi memastikan kawalan penyakit haiwan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source