Acosta mampu bergelar juara dunia
LONDON – Marc Marquez percaya pelumba baharu KTM, Pedro Acosta mampu menjadi pencabar dalam perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini selepas mempamerkan aksi luar biasa sewaktu ujian pra-musim di Sepang baru-baru ini.
Acosta menampilkan tunggangan yang cukup padu apabila pelumba berusia 19 tahun itu mampu meletakkan namanya selaku pelumba kedua terpantas pada hari pembukaan ujian rasmi di Litar Antarabangsa Sepang.
Sehubungan itu, Marquez yang merupakan juara dunia MotoGP sebanyak enam kali, yakin Acosta mampu bersaing merebut gelaran dunia tidak lama lagi berikutan potensi cemerlangnya ketika mengemudi jentera RC16.
Sebagai rekod, Acosta tiba di KTM sebagai juara dunia Moto2 menggantikan tempat Pol Espargaro bersama pasukan Red Bull GASGAS Tech3.
“Dia (Acosta) akan menjadi sangat laju sepanjang musim ini kerana tahapnya setanding pelumba MotoGP yang telah lama berada dalam perlumbaan ini seperti Fabio Quartararo dan Pecco (Francesco Bagnaia).
“Apabila dia tiba di MotoGP semasa ujian pra-musim, dia memimpin sesi ujian ini. Saya yakin dia akan menjadi pelumba yang sangat hebat satu hari nanti.
“Biarpun dia terjatuh, tetapi itulah caranya untuk dia belajar. Acosta juga mempunyai mentaliti terbaik dan bakat yang luar biasa sebagai pelumba.
“Mungkin dia perlu mengambil lebih banyak masa ataupun tidak mustahil juga lebih cepat untuk merebut gelaran MotoGP,” kata Marquez. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source