Dua pengasuh disyaki dera bayi autistik ditahan
KAJANG – Dua pengasuh wanita di sebuah taska di daerah ini ditahan bagi membantu siasatan membabitkan kes penderaan serta pengabaian seorang bayi autistik dalam kejadian 24 Januari lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya ternampak satu hantaran di Facebook yang mengandungi beberapa video tular berkaitan penderaan dan pengabaian bayi yang merupakan anak kepada pemilik akaun terbabit, kelmarin.
Kata beliau, pihaknya menerima laporan dibuat seorang wanita berusia 35 tahun bersabit kejadian berkenaan pukul 7.50 malam pada 27 Januari lalu.
“Menurut pengadu, dia menyedari kesan lebam pada dahi anak perempuannya berusia 11 bulan ketika mengambilnya dari taska berkenaan pada 24 Januari lalu.
“Semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di taska itu mendapati mangsa terjatuh dari kerusi bayi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Zaid, pengadu turut memaklumkan dia menerima rakaman video daripada individu tidak dikenali memaparkan perbuatan disyaki penderaan dan pengabaian terhadap mangsa oleh pengasuh di taska terbabit.
“Mangsa dihantar ke pusat asuhan itu sejak Ogos lalu. Pemeriksaan dilakukan di Hospital Kajang mendapati mangsa disahkan mengalami ‘soft tissue injury over frontal’ (kecederaan tisu lembut di bahagian hadapan kepala),” katanya
Menurut Zaid, pihaknya menahan dua wanita masing-masing berusia 22 tahun yang juga pengasuh di taska berkenaan kira-kira pukul 2 petang pada 29 Januari lalu.
“Hasil ujian awal saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif dadah dan semakan dilakukan mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah.
“Kedua-dua suspek kemudian diberi jaminan selepas keterangan diambil dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.
Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan sebelum kertas siasatan dilengkapkan untuk dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohamad Faeez Norzah di talian 013-2773407 bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source