Penumpang cuba buka pintu ketika pesawat berlepas
BANGKOK – Seorang pelancong dari Kanada cuba membuka pintu keluar ketika pesawat dinaikinya bersiap sedia untuk berlepas dari sebuah lapangan terbang di Thailand, lapor akhbar Metro UK.
Wong Sai Heung, 40, mengalami serangan panik ketika pesawat Thai Airways memulakan perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai kelmarin.
Kejadian itu berlaku ketika pintu sudah ditutup, manakala pesawat berkenaan sudah mula bergerak di landasan dalam perjalanan menuju ke Bangkok.
Heung dikatakan menjerit dan meminta pramugari membuka pintu pesawat tersebut. Dia berlari ke arah pintu dan menolaknya sehingga menyebabkan gelongsor kecemasan terbuka di atas landasan.
Dia kemudian dihantar semula ke tempat duduknya oleh kakitangan sebelum ditahan polis.
“Saya sangat paranoid dan mempunyai kebimbangan, ia adalah perkara yang saya alami kali terakhir dalam perjalanan ke Vietnam. Saya tidak sihat,” katanya.
Penerbangan itu kemudian dibatalkan sehingga memaksa penumpang lain tinggal di hotel sementara menunggu penerbangan mereka dijadualkan semula. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source