Baby Shima Minta Berhenti Kecam, Nyanyi Dangdut Memang Kena Gelek
Penyanyi Baby Shima berkata dia masih lagi menunggu sebutan semula kes saman yang difailkan terhadap dua individu aitu pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Syed dan Ketua Pemuda PAS Kuantan, Abd Rahman Mat Noor tahun lalu.
Memetik mStar Online, Shima berkata dia tidak akan memaafkan individu yang menyebar fitnah serta enggan berunding di luar mahkamah.
BACA: Baby Shima Cemburu Artis Lain Pakai Seksi Dipuji
“Proses saman itu masih lagi dijalankan sekarang ini Shima tak boleh cakap banyak sebab hormat proses mahkamah jadi buat masa ini tunggu dah lihat saja Alhamdulilah tak ganggu setakat ini.
“Tiada maaf bagi mu sekiranya pihak terbabit nak runding, minta maaf atau selesai luar mahkamah kerana mereka yang mulakan dulu bukan saya jadi pandai-pandai la ya tanggungjawab tak akan saya nak tarik balik saman,” katanya.
Dalam pada itu, Shima berkata dia tidak membuat kontroversi serta meminta mereka di luar sana supaya berhenti mengecam serta meminta mendoakan yang baik-baik.
Berhentilah kecam orang, saya tak buat kontroversi pun, saya penyanyi dangdut jadi memang akan gelek. Saya tak buat apa-apa pun, cuma posting apa saya nak.
“Tak elok bercakap benda yang bukan-bukan. Kalau orang tu dah sedih jangan buat dia lagi bertambah sedih. Kalau tak suka orang tu, kita cuba doakan yang terbaik, kalau kecam orang tu pun kita pun dapat dosa,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source