Anak Tak Izin Shuhada Kahwin, Risau Salah Pilih Pasangan
Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada berkata dia belum sedia membuka pintu hatinya untuk mencari pengganti.
Memetik mStar Online, Shuhada berkata lagi kedua-dua anaknya iaitu Umar dah Humairah tidak membenarkan dia berkahwin lagi kerana bimbang jika disakiti lagi.
BAsCA: Pesanan Shuhada Untuk Anak-Anak Buat Netizen Sebak
“Anak-anak trauma dan tak izinkan saya kahwin sebab risau salah pilih pasangan dan menangis lagi.
“Saya memang nak jaga emosi anak-anak, berikan kebahagiaan buat mereka dan tak mahu mereka membesar dalam suasana tidak elok,” katanya.
Hadir dalam perbicaraan kes pukul membabitkan bekas suaminya, Shuhada berkata dia juga trauma selepas apa yang berlaku dalam perkahwinannya sebelum ini.
“Buat masa sekarang ini saya memang trauma dan takut apa yang akan jadi selepas ini. Memang ada cuba dekati saya dan anak-anak tapi saya anggap hanya kawan saja sebab untuk mulakan hubungan baru saya kena sembuhkan diri sendiri dulu,” katanya.
Dalam pada itu, Shuhada berkata fokusnya kini untuk mencari kebahagiaan buat kedua anaknya serta tidak mahu mereka ulangi kesilapan sepertinya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source