Hannah tidak bimbang prestasi Azizulhasni
PETALING JAYA – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tidak bimbang dengan prestasi jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang biarpun keadaan kesihatan bekas juara dunia 2017 tidak berada dalam kondisi terbaik ketika meraih pingat emas pada Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Adelaide, Australia pada Sabtu lalu.
Oleh itu, Hannah berkata, Azizulhasni ketika ini akan mendapatkan rawatan di Australia terlebih dahulu selepas pihaknya masih belum mendapat laporan penuh berhubung keadaan semasa jaguh negara itu.
“Untuk Azizulhasni, ISN (Institut Sukan Negara), doktor dan jurulatih (John Beasley) ada bagi makluman, sekarang dia di Australia dan untuk perkembangan semasa, doktor akan cakap dekat dia sendiri.
“Apa yang boleh saya katakan, saya tidak pernah bimbang dengan (prestasi) Azizulhasni kerana dia sendiri mempunyai semangat juang yang tinggi untuk dapatkan emas, sebab itu saya tidak bimbang,” kata Hannah ketika ditemui pada Forum Atlet Wanita Anjuran Sime Darby di sini hari ini.
Ketika ditanya mengenai lokasi latihan Azizulhasni selepas ini, Hannah berkata, pihaknya tidak sama sekali menghalang mana-mana atlet untuk berlatih biarpun di mana-mana lokasi kerana ia akan dinilai oleh ketua jurulatihnya, John Beasley.
“KBS (Kementerian Belia dan Sukan) tidak pernah ada halangan untuk atlet berlatih dimana-mana, jika jurulatih kata itu yang terbaik untuk Azizulhasni dan kita fleksibel, Ini tempoh kritikal dalam beberapa bulan (sebelum Olimpik Paris 2024),” katanya.
Dalam pada itu, Hannah turut menuntut atlet yang berada dalam program Road to Gold (RTG) terus bekerja keras kerana mereka sudah diberikan segala sokongan yang diperlukan.
“Sekarang tidak timbul soal duit tidak cukup untuk latihan dan tidak cukup sokongan kerajaan. Beberapa bulan lepas, semua sokongan yang atlet perlukan kita sudah bagi.
“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) juga sudah berikan bajet yang mencukupi untuk RTG. Jadi, sekarang bukan persoalan tidak cukup duit sebab semua sudah diberikan.
“Sekarang sehingga Paris (Olimpik 2024), semua ditangan atlet. kena menyerlah dan bersemangat untuk dapatkan emas,” tambah Hannah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source