Lelaki makan percuma 127 kali pura-pura kena strok
AMSTERDAM – Taktik licik seorang lelaki berusia 58 tahun yang makan secara percuma di restoran-restoran sekitar bandar Delft, Belanda, selama beberapa tahun akhirnya terbongkar, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.
Berdasarkan laporan, sebanyak 127 aduan dibuat terhadapnya kerana makan di restoran tanpa membuat bayaran.
Menurut pekerja sebuah restoran, Mike Hogeveen, lelaki berkenaan berpura-pura terkena serangan strok yang menyebabkan anggota paramedik dihubungi untuk merawatnya.
Namun, nasib tidak menyebelahinya ketika itu kerana anggota paramedik yang memeriksanya menyedari bahawa dia hanya berpura-pura. Mereka juga enggan membawa lelaki itu ke hospital seperti permintaannya.
Pemilik restoran tersebut kemudian mendekati lelaki itu untuk meminta dia membuat pembayaran namun, dia mencadangkan supaya bayarannya dibuat pada hari berbeza.
Seorang pekerja ambulans mencadangkan supaya pihak restoran menghubungi polis bagi melaporkan kejadian tersebut.
Hasil pemeriksaan failnya mendapati lelaki berkenaan sering makan di restoran tanpa membuat bayaran selama bertahun-tahun.
Walaupun ada pihak bertindak menyamannya, tiada sesiapa mampu menghalang perbuatan lelaki itu. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source