Toyota tarik balik 50,000 kenderaan di AS akibat isu ‘beg udara maut’
TOKYO: Toyota menggesa pemilik 50,000 kenderaan di Amerika Syarikat (AS) untuk mendapatkan pembaikan segera kerana masalah inflator beg udara yang dikhuatiri boleh meletup dan membunuh pemandu dan penumpang.
Lapor BBC, amaran tersebut merangkumi beberapa model pembuat kereta terbesar dunia itu yang dikeluarkan dari tahun 2003 hingga 2005.
Sejak 2009, lebih 30 kematian dikaitkan dengan inflator beg udara kenderaan Toyota yang dihasilkan oleh syarikat Takata.
Toyota berkata, jika beg udara dipasang, bahagian dalam berkemungkinan besar meletup dan mengeluarkan serpihan logam yang tajam.
Serpihan itu boleh menyebabkan kecederaan serius atau kematian kepada pemandu dan penumpang.
Kenderaan yang terlibat dalam penarikan semula itu ialah Corolla model 2003-2004, Corolla Matrix 2003-2004, dan RAV4 2004-2005.
Isu serius dengan inflator beg udara Takata menyebabkan penarikan balik keselamatan industri motor terbesar dalam sejarah, melibatkan lebih 100 juta produk dan sekitar 20 pengeluar kereta.
Selain isu berkenaan, gergasi kereta Jepun itu turut menggantung penghantaran beberapa kenderaan kerana penyelewengan dalam ujian pensijilan untuk enjin diesel yang dibangunkan oleh Toyota Industries.
Siasatan mendapati pekerja Toyota Industries memanipulasi ujian output kuasa kuda.
Menurut Toyota, enjin yang terjejas itu digunakan dalam 10 model yang dijual di seluruh dunia, termasuk van Hiace dan kenderaan utiliti sukan Land Cruiser.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source