“Musa Diambil Tanpa Keizinan & Pengetahuan Saya”
Selepas sekian lama berdiam diri, aktivitis kemanusiaan Mizz Nina, mendedahkan anak angkatnya iaitu Musa dibawa keluar dari rumahnya tanpa keizinan dan pengetahuannya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Mizz Nina berkata susulan apa yang berlaku dia tidak dapat tahu dimana lokasi Musa serta tidak berkomunikasi dengan anak angkatnya selama tiga minggu.
BACA: Noh Mohon Maaf, Tak Tahu Perjanjian Mizz Nina & Ibu Kandung Musa
Menurut Mizz Nina, dia menjaga Musa sejak hari kedua kelahirannnya serta turut menjadi ibu susuan anak angkatnya itu. Dedahnya, ketika dia dalam pejalanan pulang ke Kuala Lumpur Musa diambil tanpa kebenaran sewaktu hak penjagaan berada dipihaknya.
“Sejak daripada itu, saya tidak lagi mengetahui lokasi dan menerima sebarang informasi melibatkan gambar atau video selama lebih tiga minggu.
“Pada ketika ini, bekas suami memuat naik gambar Musa dan mendakwa tidak tahu mengenai perjanjian tersebut sedangkan dia sebenarnya tahu,” katanya.
Sementara itu, Mizz Nina berkata privasi anak angkatnya sudah terjejas susulan bekas suaminya mendedahkan wajah serta nama penuh ibu Musa tanpa kebenaran.
Nina turut mendedahkan selepas bercerai dengan Noh, bekas suaminya itu dengan rela hati menandatangani dokumen undang-undang yang memberi hak penuh kepadanya sebagai penjaga Musa.
“Selepas cerai, dia dengan rela hati tandatangan dokumen undang-undang memberi saya hak sepenuhnya untuk menjaga Noh dihadapan pesuruhjaya sumpah. Sejak itu dia sudah hilang hak untuk menjadi penjaga,” katanya.
Dalam pada itu, Nina berkata dia terpaksa bersuara untuk bercerita kisah sebenar agar tidak timbul spekulasi atau fitnah menenai perkara tersebut.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source