Wabak demam campak di Britain semakin membimbangkan
LONDON – Wabak demam campak di Britain berpotensi menular menjadi berpuluh-puluh ribu kes ketika Benua Eropah bergelut dengan lonjakan penyakit berjangkit tersebut, lapor saluran berita NBC News kelmarin.
Agensi Keselamatan Kesihatan Britain (UKHSA) melaporkan sebanyak 216 kes demam campak direkodkan di kawasan West Midlands sejak Oktober 2023 hingga kelmarin.
Bilangan itu lebih tinggi berbanding 209 kes yang dilaporkan sepanjang 2023, manakala cuma 53 kes direkodkan pada tahun sebelumnya.
Pada tahun lalu, kerajaan Britain memberi amaran bahawa demam campak berisiko menjangkiti antara 40,000 hingga 160,000 penduduk jika kadar vaksinasi tidak ditingkatkan.
Menurut Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan(NHS), kira-kira 80 peratus kanak-kanak di Britain menerima dos pertama vaksin demam campak, beguk dan rubella (MMR) pada usia dua tahun.
Bagaimanapun, angka itu dilaporkan rendah berbanding 93 peratus kanak-kanak yang menerima vaksin MMR sedekad lalu.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula menetapkan bahawa kadar vaksinasi penduduk sebanyak 95 peratus diperlukan untuk mengekalkan imuniti kelompok.
Pengarah Serantau WHO untuk Eropah, Hans Henri Kluge pada Rabu lalu memaklumkan bahawa terdapat 42,200 kes demam campak di 41 negara pada 2023, meningkat hampir 45 kali ganda berbanding 2022
Pada bulan lepas sahaja, hampir 21,000 pesakit dimasukkan ke hospital akibat demam campak.
Menurut WHO, wabak demam campak juga dilaporkan melonjak di Asia Tengah di mana lebih 13,600 kes direkodkan pada 2023, majoritinya melibatkan kanak-kanak bawah usia 14 tahun yang tidak divaksinasi. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source