Harimau Malaya diberi sambutan wira
SEPANG – Skuad Harimau Malaya masih lagi diberi sambutan ‘wira’ selepas selamat pulang ke tanah air meskipun terkandas di peringkat kumpulan saingan Piala Asia 2023 sebentar tadi.
Sebagai bukti, kepulangan mereka disambut ratusan penyokong setia bola sepak negara yang menunggu di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi.
Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim serta barisan kepemimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Hannah sempat memberikan moque cheque (cek replika) buat FAM bernilai RM5 juta seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Skuad Harimau Malaya berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila meraih mata pertama dalam pentas Piala Asia apabila mengikat Korea Selatan 3-3 pada aksi terakhir Kumpulan E semalam.
Meskipun menamatkan saingan di kedudukan tercorot, prestasi Harimau Malaya wajar diberi pujian kerana menunjukkan peningkatan ketara berbanding ketika tewas bertemu Jordan (0-4) dan Bahrain (0-1) sebelum ini.
Skuad Harimau Malaya dijangka ‘rehat’ selama sebulan sebelum kembali dikumpulkan pada kem latihan pusat menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman pada Mac depan.- KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source