Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 naik RM2.1 bilion tahun ini – PM
PUTRAJAYA: Peruntukan bagi Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bertambah sebanyak 26 peratus kepada RM2.1 bilion daripada RM1.67 bilion pada tahun lalu dengan bayaran akan dibuat pada Isnin depan.
Tambahan peruntukan itu selepas kerajaan menaikkan bayaran sumbangan tersebut sehingga RM500 kepada isi rumah berbanding maksimum RM300 pada tahun sebelumnya dalam usaha membantu sebilangan besar rakyat menangani peningkatan kos sara hidup.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setiap kali beliau bertemu rakyat, perihal utama diutarakan adalah beban kos sara hidup yang kian meningkat lebih deras daripada pendapatan.
“Saya akur akan keperitan ini, justeru kerajaan giat berusaha untuk memastikan bantuan kerajaan dapat dipertingkat dengan lebih ketara.
“Ini agar masalah asas ini dapat dileraikan dan tiada rakyat dibelakang di bawah pentadbiran Kerajaan Madani,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mulai Isnin depan, pembayaran STR Fasa 1 untuk penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR akan dikreditkan ke dalam akaun bank mereka atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.
.
Menurut Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, selaras dengan pendekatan Ekonomi Madani untuk ‘meninggikan lantai’ dari segi kualiti hidup rakyat, kerajaan akan mengutamakan dan memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.
Katanya, Kerajaan Madani sentiasa peka kepada keluhan rakyat dan akan terus menambahbaik STR dalam usaha membantu rakyat dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Setakat ini, seramai 8.2 juta individu yang layak telah berdaftar untuk STR 2024.
Walau bagaimanapun angka ini dijangka naik ke hampir 9 juta bagi tahun ini mengambil kira proses permohonan baharu dan kemas kini dibuka sepanjang tahun, berbanding setahun sekali sebelum ini.
Sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan.
Semakan status kelayakan STR dan soalan lazim (FAQ) boleh didapati di Portal Rasmi
STR, melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my atau https://manfaat.mof.gov.my/.
Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi merujuk informasi mengenai program STR. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source