Juruukur bahan main peranan penting dalam industri pembinaan
KUALA LUMPUR – Industri pembinaan yang berkembang pesat memerlukan lebih ramai tenaga profesional teknikal terutamanya dalam bidang ukur bahan.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, juruukur bahan mempunyai tugas penting dan terlibat dalam pengurusan kewangan serta kontrak binaan dari peringkat awal sehingga penyelesaian akaun akhir.
“Oleh itu, juruukur bahan sewajarnya sentiasa bekerjasama dengan disiplin lain bagi memastikan kejayaan sesuatu projek.
“Saya percaya dengan penganjuran Konvensyen Antarabangsa Ukur Bahan (QSIC) pada tahun ini, perkongsian idea, ilmu, pengalaman para peserta dan kerjasama strategik dari pelbagai pihak akan menjadi daya penggerak bagi menjamin kualiti profesion dan industri, agar terus mencapai tahap yang
lebih cemerlang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Malam Anugerah 2023/2024 dan Sambutan Ulang Tahun Lembaga Juru Ukir Bahan Malaysia (LJBM) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini hari ini.
Tambah Alexander, konvensyen QSIC tahun ini diadakan untuk merancakkan lagi perbincangan mengenai topik dan isu yang berhubung dengan industri pembinaan khususnya bidang ukur bahan.
“Dalam pada itu, perbincangan mengenai cabaran dan usaha yang perlu dilaksanakan untuk menghadapi ledakan teknologi Revolusi Industri 4.0 turut diadakan,” katanya.
Menurut Alexander, LJBM kini mempunyai seramai lebih 5,558 ahli yang berdaftar, menjadikannya sebagai salah satu profesion yang semakin berkembang.
“Oleh itu, saya ingin mengambil peluang ini untuk menyeru semua graduan ukur bahan untuk berdaftar dengan Lembaga Jurukur Bahan Malaysia bagi menaik taraf pendaftaran sebagai seorang juruukur bahan profesional,” katanya.
Dalam pada itu, Alexander menyampaikan enam anugerah kepada individu serta kumpulan kerja bagi menghargai sumbangan dan kejayaan dalam bidang ukur bahan.
Enam kategori tersebut ialah Anugerah Emas, Anugerah Pencapaian Khas (Elit dan Inspirasi), Anugerah Inovasi, Anugerah Waja, Anugerah Perdana dan Anugerah Penghargaan kepada media atas jalinan kerjasama sebagai rakan media LJBM. – KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source