“Saya Sangat Teruja Tanpa Fikir Sensitiviti” – Shukri Yahaya Mohon Maaf Isu Lakonan Dalam Layang-Layang Perkahwinan
Pelakon berkaliber, Shukri Yahaya memohon maaf di atas kekhilafannya berlakon babak yang didakwa tidak senonoh dalam drama terbaru, Layang-Layang Perkahwinan.
Ujar Shukri, dia tidak akan mengulangi kesilapan yang sama di masa akan datang.
Shukri Yahaya mohon maaf
Saya minta maaf sebab apa yang terjadi itu datangnya dari kesilapan saya sendiri.
Babak itu sebenarnya berlangsung pada hari pertama saya mulakan penggambaran dan saya sangat teruja untuk buat babak itu tanpa memikirkan sensitivi rakyat. Ia takkan berulang kembali.
Babak dilakonkan hari pertama penggambaran
Pelakon itu juga memberitahu bahawa dirinya lebih suka melakukan interpretasi dan tidak suka membaca skrip terlebih dahulu ketika hari penggambaran.
Saya terus terang bahawa saya tak suka baca skrip, dan sejenis yang bila berada di set penggambaran baru buat interpretasi berdasarkan skrip.
Pada awalnya, saya bayangkan babak itu sedikit. Lagipun itu hari pertama shooting dan saya terlampau bersungguh-sungguh untuk jayakan watak.
Katanya, dia cuba untuk membawa watak yang ‘berlainan’ sedikit berbanding dahulu namun tidak diterima ramai kerana ia agak mencabar sensitiviti orang ramai.
Si bini suruh PA laki dia tolong tengokkan laki dia dia kat office. Sekali PA tolong tengok sampai si Shukri Yahaya mandi.
PA tak guna. pic.twitter.com/7l3XXokf7v
— Bbie. (@twtbiy) January 14, 2024
Sebelum ini, tular satu rakaman video memaparkan babak Shukri yang sedang mandi menarik tangan Alya Iman masuk ke kamar mandi.
Shukri dalam pada masa yang sama tidak memakai baju kemudiannya dikecam warga maya yang menganggap babak tersebut sebagai tidak senonoh dan lucah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source