[VIDEO] Temu bual Caprice buat saya nampak bodoh – Fatiya Latiff
PETALING JAYA – Pelakon sensasi Fatiya Latiff berang dengan aktivis kemanusiaan Caprice yang didakwa sengaja memburuk-burukan dirinya dalam satu temu bual sebelum ini.
Fatiya atau nama sebenarnya, Nur Fathia Abdul Latiff, 37, berkata, temu bual tersebut disunting secara berat sebelah dan hanya menampakkan dia sebagai seorang yang kurang cerdik.
“Si apek (Caprice) bukan betul sangat pun. Itu memang makanan dia (temu bual) orang. Tanya soalan-soalan ‘anjir’.
“Kemudian, hanya muat naik yang nampak kita bodoh je. Caprice temu bual saya tapi tak muat naik keseluruhan wawancara.
“Dia cut cut (potong-potong), kan? Kurang ajar Caprice tu,” jelas pelakon yang cukup dikenali menerusi drama rantaian, Ariana Rose itu.
Ujar Fatiya lagi, dia tidak berpuas hati dengan hasil temu bual terbabit yang terang-terang menampakkan dirinya individu bermasalah.
“Dia muat naik bahagian yang dia nampak okey, yang saya jawab lawan dia balik sebab dia salah tiada pula dia nak kongsi,” katanya.
Dalam pada itu, Fatiya yang kini berada di Jepun turut menyindir seorang wanita ingin kelihatan sepertinya yang bergigi taring.
“Perasan tak, ada minah ini dia buat gigi taring, buruk gila tau! Dia ingat dia hot lah tu.
“Saya natural lagi ada gigi taring. Nak jadi macam sayalah tu? Lepas itu dia selalu bermegah-megah yang saya nak jadi macam dia. Kalau kau lawa tak apa juga, ni muka kau pun dan macam pengemis Turki,” kata Fatiya.
Difahamkan, sindiran itu dikatakan ditujukan kepada pelakon Zarina Anjoulie yang pernah berkawan rapat dengannya.
Terdahulu, Fatiya mengejutkan ramai apabila menyerang rakan selebriti tanah air secara bertubi-tubi dengan membongkar kisah lama dan bercerita buruk mengenai mereka sementelah melarikan diri ke Jepun selepas berbuat demikian.
Antara selebriti yang menjadi mangsa kritikannya adalah Aiman Hakim, Zahirah Macwilson dan Zarina Anjoulie. – KOSMO! ONLINE
@murahrezekiisoofiyya Caprice interview ai.. Kuang aja caprice tu! #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #fypviral #fypviralシ #fypviraltiktok🖤シ゚☆♡ #fypdongggggggg #fypdong #fypdonggggggg #fathia #fathialatif #fatiyalatiff #fathialatiffzarinaanjoulie #fathialatifflivegaduh ♬ original sound – MurahRezeki Soofiyya
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source