Pelanggan marah sebab jual nasi berlauk murah
PETALING JAYA – Seorang peniaga terkejut apabila ditegur pelanggan gara-gara menjual nasi berlauk pada harga yang murah.
Menerusi perkongsian peniaga tersebut di X, dia berkata, pelanggan terbabit mendakwa jualannya boleh menyebabkan perniagaan peniaga lain terjejas.
“Datanglah seorang hamba Allah ke gerai nasi bajet baru-baru ini. RM3.50 satu ke?, tanya dia.
“Saya pun jawab ya. Dia tanya lagi, lauk asing atau campur nasi? dan saya pun jawab la lauk asing.
“Dan dia pun tanya lagi. Sampai la ke peringkat saya terkedu kejap bila dia cakap, awak ni nak tutup periuk rezeki orang yang jual nasi lain ke?
“Kalau awak jual harga begini (murah), macam mana peniaga lain nak hidup? Mesti orang beli dekat awak sebab murah. Awak kena naikkan harga jadi RM4.50, kena selarikan nasi rahmah,” kongsinya yang menceritakan semula teguran pelanggan terbabit.
Menurut peniaga tersebut, nasi berlauk yang dijual adalah berharga RM3.50 sebungkus dan katanya, harga itu juga sudah dianggap mahal oleh segelintir individu.
“RM3.50 sebungkus nasi tu pun masih ada yang kata mahal. Lauk bukan setakat ayam dan daging. Kadang udang, sotong, lala, ikan, ketam.
“Akak dapat balik modal dan ada untung ciput (sedikit) pun alhamdulillah. Memang niat nak bagi orang makan puas hati. Doa tu berharga.
“Pelbagai peel (perangai) orang yang datang singgah gerai nasi bajet saya ini. Ada rasa nak tepuk dahi sendiri dekat situ juga,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source