“Aku Bukan Nak Marah Dia Pun, Nak Tanya Je…” – Pemilik Exora Kunci Patah Tampil Beri Penjelasan, Nafi Tuduh ‘Owner’ Kedai
Baru-baru ini tular tentang video yang mempamerkan pergaduhan di antara pasangan suami isteri dengan pemilik kedai membasuh kereta.
Menerusi video itu, difahamkan bahawa kunci kereta jenis Proton Exora milik pasangan tersebut telah patah selepas mereka menghantar cuci di kedai terbabit.
Owner sengaja patahkan kunci?
Pertelingkahan berlaku di antara mereka bertiga dan pemilik kedai tersebut mendakwa wanita itu sendiri yang sengaja merosakkan kunci keretanya sendiri dan menuduhnya.
Menerusi Twitter, pelbagai respon diterima daripada warganet di mana rata-ratanya menyebelahi pemilik kedai berkenaan namun adanjuga sesetengah yang menyokong pasangan tersebut.
Cerita dia kalau kunci tu dah patah masa serah, macam mana orang kedai tu nak hidupkan? Mesti la patah masa kau matikan enjin tu. LOL. Pastu nak blame orang. Duk tunjuk2 jari kat muka orang tu. Kena abang ni hilang sabaq mau kena tumbuk duk jerit2 serupa laki mampus https://t.co/QvjVWfyrdR
— ALAN (@IniAlalalannn) January 15, 2024
Tampil beri penjelasan
Menyedari isu menjadi besar, pasangan berkenaan menerusi Facebook tampil memberikan penjelasan panjang dalam sebuah video berdurasi 10 minit.
Ujar wanita itu, mereka bukan datang ke kedai tersebut semula untuk menuduhnya menyebabkan kunci patah atau menuntut ganti rugi sebaliknya ingin meminta bantuan.
Namun, ketika memberikan penjelasan itu wanita tersebut mendakwa pemilik berkenaan mungkin salah faham dan menyangka dirinya dipersalahkan.
Walau bagaimanapun, bagi tidak memanjangkan isu tersebut mereka memohon maaf dan berkata tidak akan meminta ganti rugi atau pergi ke tribunal.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source