Lai Ching-te menang Pilihan Raya Presiden Taiwan
TAIPEI: Calon parti pemerintah Taiwan, Lai Ching-te dilaporkan memenangi Pilihan Raya Presiden negara itu pada hari ini.
Lapor Al Jazeera, Ching-te dari Parti Progresif Demokratik (DPP) meraih kemenangan itu meskipun berdepan tekanan hebat dari China yang menggelarnya sebagai `pemisah’ yang berbahaya.
Berdasarkan keputusan separa Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat Taiwan, Ching-te yang juga penyandang naib presiden menewaskan dua calon lain dengan memperoleh sebanyak 40.2 peratus undi.
Pilihan Raya Presiden Taiwan kali ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Ching-te, Hou You-yi dari Parti Konservatif Kuomintang (KMT) dan Ko Wen-ji dari Parti Rakyat Taiwan (TPP) yang hanya ditubuhkan pada tahun 2019.
You-yi dari parti pembangkang KMT tewas di tempat kedua dengan memperoleh sebanyak 33.4 peratus undi.
Pengundi juga memilih ahli parlimen untuk badan perundangan Taiwan yang mempunyai 113 kerusi.
Keputusan pilihan raya itu diawasi rapat oleh China dan Amerika Syarikat (AS) yang merupakan rakan tentera utama pulau tersebut, ketika dua kuasa besar itu bergelut untuk memperluaskan pengaruh secara strategik di wilayah separa autonomi itu.
DPP memerintah sejak lapan tahun lalu di bawah Presiden Tsai Ing-wen .
Kira-kira 19.5 juta orang yang berumur 20 tahun dan ke atas layak mengundi, malah peratusan penduduk keluar mengundi dijangka tinggi berdasarkan data transit awam.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source