‘Influencer’ Dakwa Ada Restoran Guna Air Kencing Toyol Untuk Masak Kari, Persatuan Restoran Mamak Buat Laporan Polis
Tular sebelum ini mengenai satu hantaran TikTok yang dimuat naik oleh seorang ‘influencer’ mendakwa ada restoran mamak yang beroperasi di Malaysia menggunakan air kencing toyol sebagai ramuan masakan kari.
Tidak cukup dengan itu, individu berkenaan turut mendakwa para pekerja restoran mamak memakai seluar dalam lelaki berwarna putih untuk membalut nasi, selain berkongsi pengalaman bekas pekerja restoran mamak yang menggunakan air mandian untuk memasak kuah dan mendakwa kuah dal dicampur dengan najis yang dibekukan.
Video tohmahan restoran mamak jadi tumpuan
Video itu kemudiannya menjadi tular dan memperoleh 1 juta tontonan serta dikongsi hampir 30,000 kali oleh pengguna aplikasi itu.
Berikutan itu, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) tampil membuat laporan polis terhadap idnividu itu kerana menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah yang tidak masuk akal dan berniat jahat.
Kami tidak tahu apa tujuan dia. Bagi saya ini satu tohmahan yang melampau dan kami akan susuli dengan tindakan mahkamah walaupun dia padam video, tiada ruang untuk kami tarik balik laporan polis.
Kita tidak akan berdamai dengan dia kerana fitnah yang dilakukan itu terlalu mengaibkan dan kita mahu jadikan kes ini sebagai pengajaran kepada semua blogger atau influencer TikTok.
Lebih ramai pengusaha restoran tampil buat laporan polis
Maklum Datuk Jawahar Taib, sudah lebih 100 laporan polis dibuat oleh pengusahan restoran mamak dan dia menjangkakan lebih ramai lagi akan tampil membuat laporan.
Menurutnya, tohmahan itu perlu disiasat dengan teliti kerana ia menjatuhkan kredibiliti pengusaha restoran India Muslim selain diliaht menyentuh sensitiviti perkauman 3R.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source