“Saya Tak Reda Pemergiaan Ini Tapi Apa Daya, Saya Tiada Kuasa”
Penyampai radio Tyzo Xander berkata dia masih mahu menghiburkan pendengar namun ini bukan kehendaknya dan terpaksa meninggalkan Suria FM tanpa kerelaan hati.
Memetik Harian Metro, Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain berkata apa yang berlaku adalah keputusan pihak pengurusan dengan alasan untuk pembaharuan 2024.
BACA: Bell Ngasri Dinobat Bintang Paling Popular ABPBH 35
“Saya sedih dan tak sangka kerana terpaksa meninggalkan Suria FM walaupun tanpa kerelaan hati. Saya mohon jutaan maaf kepada semua pendengar Suria Petang kerana ini bukan keputusan saya sebaliknya pihak pengurusan dengan alasan untuk pembaharuan 2024. Buat gandingan terbaik saya, Kak Rara, saya akan rindu untuk bekerja dengan akak,” katanya.
Sementara itu, Tyzo berkata kontraknya sepatutnya berakhir pada Mac nanti namun ditamatkan lebih awal tanpa perbincangan serta tidak reda dengan keputusan tersebut.
“Saya tidak reda dengan keputusan ini tetapi apa daya saya tidak ada kuasa dan pilihan. Terus terang, saya juga masih mahu lagi bekerja kerana memiliki seorang anak yang berusia sembilan tahun, Noah Zachri untuk disara ,” katanya.
Dalam pada itu, menerusi perkongsian di Instagram Tyzo berkata itulah harga yang perlu dibayarnya selepas memenangi Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-35. Tambahnya lagi, dia terbuka menerima tawaran dari mana-mana pihak stesen radio atau TV.
“Inilah harga yang saya perlu bayar selepas lima bulan menang trofi?. Hanya yang pernah lalui sahaja tahu ‘sakitnya’. Saya harap selepas ini tiada pihak yang ‘spin cerita’ dan olah ayat ‘tuduh diva’ demi untuk menutup aib.
“Saya harap ada pihak lain yang akan hargai kerja saya sebagai penyampai radio di luar sana,” katanya.
Semalam, Suria FM mengumumkan khidmat penyampai Suria Petang, Tyzo Xander, secara rasminya berakhir semalam selepas tujuh tahun bersama.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source