Penjawat Awam Dedah Gaji Hanya RM3,000 Tetapi Berhutang Sampai RM500,000! – “Kerja Gomen Kan Loan Senang Lulus”
Menerusi satu hantaran di Facebook, seorang individu yang memperolehi pendapatan sebanyak RM3,000 membuat pengakuan dan meluahkan tentang bebanan kewangan yang ditanggungnya.
Lelaki yang enggan identitinya diketahui ramai itu mendedahkan dia mempunyai hutang sebanyak RM500,000 dan dia kini bergelut dengan hutang tersebut.
Pinjaman peribadi lebih RM140,000
Berikut adalah hutang yang disenaraikan individu itu,
- RM142,000 pinjaman peribadi
- RM9,000 daripada dua bank yang berbeza
- RM230,000 hutang dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam
- Tambahan RM100,000 dengan koperasi
Jumlah hutang tersebut mencecah hampir setengah juta dan ia boleh dikira sangat banyak dengan jumlah pendapatannya sebegitu.
Cadangan isytihar bankrup
Individu tersebut turut bertanya tentang satu penyelesaian yang boleh dipertimbangkan iaitu mengisytiharkan dirinya sebagai individu bankrup.
Namun, dia risau jika kehilangan kerjayanya di sektor awam meskipun tidak pasti jika perkhidmatannya akan ditamatkan disebabkan bankrup.
Beberapa individu dilihat mencadangkan agar individu terbabit mendaftar di Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kewangan untuk mendapatkan bantuan.
“Macam mana dia survive”
Perkongsian lelaki tersebut mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang mempunyai banyak persoalan dan memberikan respon mereka di ruangan komen.
Mengejutkan, ada yang mendedahkan ramai penjawat awam berada dalam situasi yang sama dengan individu terbabit dipercayai mungkin kerana pekerjaan mereka memudahkan untuk pinjaman diluluskan.
Bila tak ukur baju di badan sendiri. Macam inilah, nak ikut selera. Moga dijauhkan.
Meskipun sesetengah warganet bersimpati dengannya namun ramai yang menganggap bebanan hutang ditanggung lelaki itu adalah disebabkan kegagalan membuat keputusan membabitkan kewangan, dengan baik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source