Kini Bebas Setelah 7 Tahun Dipenjara Kerana Membunuh Ibu Kandung, Gypsy Rose Blanchard Diangkat Menjadi ‘Wira’
Nama Gypsy Rose Blanchard tidak asing lagi bagi negara barat gara-gara kes pembunuhan yang dilakukan wanita itu sebelum ini pernah menggegarkan media negara itu.
Gypsy Rose merupakan anak jati Missouri itu akhirnya bebas setelah dipenjara selama 7 tahun atas kesalahan membunuh ibu kandungnya sendiri, Dee Dee Blanchard pada tahun 2015.
Dia yang dibebaskan pada Khamis, 28 Disember 2023 lalu itu kembali mencuri perhatian masyarakat barat malah, diangkat menjadi ‘wira’ seperti artis popular pula!
Ibu yang menipu dan anak yang kejam
Mengimbas kembali betapa tergamaknya wanita itu sanggup membunuh ibunya sendiri, dia dilaporkan telah ditipu ‘hidup-hidup oleh penjaganya itu.
Dee Dee ‘membohongi’ Rose selama bertahun-tahun dan membuatkan dia percaya bahawa dirinya menghidap penyanyi epilepsi, gangguan penglihatan dan distrofi otot.
Akibat pembohongan itu, Rose menjalani kehidupan seharian di atas kerusi roda dan mengambil ubat-ubatan meskipun tidak langsung mengalami masalah kesihatan!
Ini berikutan Dee Dee ingin menjana duit daripada kisah-kisah simpati mengenai anaknya itu dan tidak dinafikan lagi, ibu kandungnya berjaya mengumpul wang yang banyak hasil dana orang ramai.
Kekasih bantu bunuh ibu
Meningkat dewasa, Rose mula tertarik untuk meneroka dunia luar dan akhirnya mengenali seorang lelaki bernama Nicholas Godejohn menerusi aplikasi ‘dating’ di laman web.
Rose mula meluahkan rasa sakit dan putus asa apatah lagi setelah ibunya memaksa dia untuk menjalani prosedur perubatan yang tidak diingininya kepada Nicholas.
Akibat rasa putus asa dan ingin keluar dari genggaman ibunya, Rose meminta bantuan Nicholas untuk membunuh Dee Dee. Mereka melakukan jenayah itu di kediaman Dee Dee yang berlokasi di Springfield, Missouri pada 9 jun 2015.
Ditangkap dan dipenjara 7 tahun
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga, Rose akhirnya ditangkap dan dijatuhi hukuman selama 10 tahun namun dibebaskan setelah 7 tahun dengan syarat tertentu.
Diangkat menjadi bintang popular dan wira
Usai dibebaskan, namanya menjadi sebutan dan menjadi ‘hit’ di internet. Wanita itu turut membuat akaun rasmi Instagram dan TikTok dan berjaya memperoleh pengikut hampir 9 juta!
Malah, dia juga telah mengeluarkan dokumentari berkenaan dirinya yang berjudul ‘The Prison Confession of Gypsy Rose Blanchard’.
Tidak cukup dengan itu, Rose dan suaminya kini, Ryan Anderson turut dijemput ke stesen TV, menerima liputan radio dan podcast selain menerbitkan buku yang menceritakan mengenai kisah ‘pembunuhan’ kejam yang dilakukan atas ibunya itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source