Perasmian Menara Merdeka 118 jadi tumpuan warga kota malam ini
KUALA LUMPUR – Menara Merdeka 118 yang merupakan bangunan mercu tanda baharu Malaysia akhirnya dibuka secara rasmi malam ini setelah pembinaannya hampir 10 tahun.
Bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa itu dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan mencemar duli.
Majlis perasmian bangunan berketinggian 678.9 meter itu difahamkan bermula kira-kira pukul 7.30 malam manakala tayangan lampu gimik perasmian pula bermula pukul 10.15 malam.
Ketika lampu berwarna-warni ditayangkan, kedengaran laungan ‘Merdeka’ oleh Perdana Menteri Malaysia pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj turut bergema di sekitar bangunan pencakar langit itu.
Untuk rekod, reka bentuk menara ini secara simboliknya juga mencerminkan imej Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj semasa beliau mengangkat tangan melaungkan ‘Merdeka’ pada 64 tahun lalu.
Sementara itu, menara tersebut juga menjadi tumpuan warga kota apabila kelihatan orang ramai dari kawasan sekeliling tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan perasmian tayangan berlampu itu dengan membuat siaran langsung serta mengambil video.
Dalam majlis yang sama, Seri Paduka Baginda turut merasmikan Masjid Al-Sultan Abdullah dimana ia merupakan salah satu kemudahan yang disediakan di menara tersebut selain pusat beli-belah, kediaman, pejabat dan lain-lain.
Walau bagaimanapun, Masjid Al-Sultan Abdullah hanya boleh digunakan oleh staf dan pekerja pada esok dan hanya akan dibuka kepada orang ramai pada Jumaat ini.
Difahamkan juga pembinaan mash lagi berjalan di sekitar menara dan kawasan masjid. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source