‘Niat tu dah baik, tapi kurang bijak’
PETALING JAYA – Seorang wanita dikecam warga media sosial gara-gara melepaskan beratus-ratus ikan hiasan yang dibelinya ke dalam sungai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Faiz Fayeshz di aplikasi X, wanita itu pada mulanya membeli beberapa beg plastik mengandungi pelbagai spesies ikan hiasan daripada sebuah kedai.
Kemudian wanita itu menuju ke sebuah sungai yang tidak dapat dipastikan lokasinya sebelum melepaskan ikan-ikan terbabit.
Bagaimanapun, perbuatan wanita itu dkhuatiri bakal merosakkan serta menganggu habitat ikan-ikan asal lain di sungai tersebut.
“Niat tu dah baik tapi kurang bijak untuk ‘secebis’ kandungan media sosial dengan melepaskan ikan hiasan bukan di habitat asal dia.
“Boleh rosakkan ekosistem asal tempat tu tau. Selamat dia tak lepaskan ikan bandaraya,” ciap Faiz Fayeshz.
Sehubungan itu, rata-rata pengguna media sosial juga dilihat bersetuju dengan kenyataan tersebut dan berpendapat wanita itu perlu membuat kajian terlebih dahulu sebelum bertindak.
“Sebab itu setiap tindakan perlu buat kajian dulu dan tanya-tanya orang. Bukan hanya untuk semata-mata kandungan media sosial sahaja,” komen Yuya.
“Kakak ni patut dicari oleh Jabatan Perikanan. Biar dia belajar dulu berkenaan ekosistem air dalam Malaysia,” komen Wan.
“Yang dia lepas itu adalah benih ikan rohu atau kap rumput, dimana ia merupakan makanan pemangsa. Tapi bila kuantiti banyak mcm tu tak sesuai, ikan ‘local’ kena bersaing untuk sumber makanan dan habitat kawasan,” komen pengguna lain pula.
Sehingga kini, ciapan tersebut mendapat 1,800 ulang ciap dan 3,300 tanda suka. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source