PBAPP jamin kerja ganti injap siap tempoh 24 jam
SEBERANG PERAI – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) diingatkan supaya kerja penggantian dua unit injap kawalan utama sebesar 1,200 milimeter (mm) di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua disiapkan dalam tempoh 24 jam seperti yang diuar-uarkan bulan lalu.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, itu antara tiga senarai tugas utama yang perlu didahulukan oleh agensi itu bagi memastikan gangguan bekalan air yang dijadualkan bermula esok pagi berjalan lancar.
“Kita juga mahu sasaran bekalan air kembali disalurkan mengikut empat peringkat seperti yang dihebahkan.
“Selain itu, pengguna perlu dimaklumkan mengenai kemajuan kerja pembaikan dan siarkan sekurang-kurangnya tiga (hantaran) menerusi media sosial setiap hari.
“Jika berlaku sebarang kesulitan atau kelewatan berhubung kerja pembaikan, laporkannya dengan telus supaya pengguna memperolehi maklumat dan perkembangan terkini,” katanya kepada pemberita selepas hadir lawatan khas permulaan kerja penukaran injap di LRA Sungai Dua di sini, lewat petang tadi. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Ir. K. Pathmanathan.
Sementara itu, Pathmanathan memberi jaminan kerja penggantian injap yang dijadualkan akan disiapkan tepat pada masanya.
“Faktor cuaca turut diambil kira dan kita dirikan ‘kem’ di lokasi supaya gerak kerja tidak terganggu walaupun semasa hari hujan. Selain itu, beberapa unit pam turut akan disediakan untuk mengeluarkan air yang bertakung di kawasan penyelenggaraan.
“Kita minta 24 jam, kita beri jaminan akan siapkannya dalam tempoh tersebut supaya pengguna kembali menerima bekalan air mengikut jadual ditetapkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source