Zarina Anjoulie Penat Kerja, Nak Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa
Baru-baru ini pelakon Zarina Anjoulie memuat naik video bersama kekasihnya Datuk Khazrul Ezley di Instagram menjadi perhatian ramai.
Menerusi video itu, Zarina berkata dia sudah penat bekerja dan mahu menjadi suri rumah selepas mereka berkahwin.
BACA: Zarina Anjoulie Akui Suka Lelaki Poket Tebal
“Okay papa, saya dah buat keputusan. Saya nekad tak bekerja lagi, saya nak jadi suri rumah sepenuh masa. Saya dah penat, saya mahu pencen, malas mahu kerja, biar awak yang tanggung saya.
“Jadi kerja saya lepas ni hanya jaga dan masak untuk awak, saya mahu rileks daripada terus bekerja, kasi hati awak senang, abadikan diri saya untuk awak,” katanya.
Turut menjadi perhatian kapsyen Zarina atau lebih mesra disapa Anju menggelarkan Khazrul sebagai suami sekaligus membuatkan netizen tertanya-tanya status pasangan tersebut.
Bagaimanapun, Anju tidak menjawab persoalan netizen. Dalam pada itu, rata-rata netizen mendoakan kebahagiaan pasangan itu.
Terdahulu, hubungan Khazrul dan Anju dikatakan terlerai selepas dua minggu mengikat tali pertunangan. Malah, Khazrul berkata dia bukanlah lelaki yang terbaik buat Anju serta memilih untuk terus bersahabat baik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source